STUDIO D'AORA AEROBIC & FITNESS

STUDIO D'AORA AEROBIC & FITNESS
SALAM UNTUK SEMUA: 2011: Segala Foto,Video dan artikel adalah Hak Terpelihara D'AORA. TINDAKAN UNDANG-UNDANG(SAMAN) akan diambil sekiranya ada individu yang mengambil & menyiar tanpa izin. Sekiranya anda berniat sedemikian, sila "BERALIH" ke Blog Lain. D'AORA mengucapkan jutaan Terima kasih atas kunjungan ahli-ahli D'AORA & pengunjung Blog D'aora. Semoga Info & Maklumat yang Tersedia dalam Blog ini dapat Menambah Manfaat dalam kehidupan seharian. Teruskan Aerobik & Bersenam Bersama D'AORA.Sentiasa Amalkan Gaya Hidup Sihat. Marilah bersama Menjaga Kesihatan Agar Hidup Sejahtera dan Bahagia. Salam Sejahtera & Bye-bye.

Rabu, Julai 28, 2010

Kunjungan Mr John International Fitness Coach ke Studio D'aora

Mr John..from los Angeles (internatioal coach) 
Hi..
hari ini Mr John from Los Angeles USA telah datang ke studio d'aora untuk bertemu dengan peserta-peserta yang telah mengikuti program lose weight d'oara..peserta program telah share result penurunan berat badan mereka dengan mr john..
...dan mr john sgt-sgat bangga dengan hasil usaha d'aora krn berjaya di dalam program...thanx for coming utk mr john..
Peserta telah mendapat input baru dari mr john but ianya secret....nak tau..kenalah ambil program..anda takkan rugi apa-apa...program penurunan berat badan ini akan change your life 100 persen..

Rabu, Julai 21, 2010

AHLI D'AORA TERUS BERSEMANGAT

SYABAS!
Ahli D'aora tetap "maintain" dan semangat melakukan aktiviti Aerobik. Setelah penat bekerja seharian dari Pagi hinggan Petang, ahli D'aora meluangkan masa untuk bersenam sambil "enjoy exercise' membuang peluh agar tubuh lebih sihat dan cergas.

Waktu aerobik di studio Daora adalah bermula jam 5.30 ptg - 6.30 ptg. Tak melibatkan waktu pejabat atau waktu bekerja pun. tetapi ada kedengaran suara-suara sumbang yang mungkin iri hati atau saja-saja cari point untuk berkata-kata. Itulah ragam manusia yang diciptakan Allah.

So, untuk ahli D'aora sekalian, teruskan bersenam dan jagalah kesihatan agar kita terhindar dari gejala penyakit "berbahaya" seperti Darah Tinggi, kencing Manis, Jantung & Stroke.

KESIHATAN KITA TANGGUNGJAWAB KITA.
foto: Deretan kereta Ahli D'aora yang mengikuti kelas aerobik

foto: Deretan kereta Ahli D'aora yang sedang mengikuti kelas aerobik

Sabtu, Julai 17, 2010

info....Senaman tarian gelek

Senaman Tarian Gelek .....(jangan salah sangka)

Perhatian: Gambar Hiasan
 & Rencana Tarian Gelek dipetik dari akhbar Kosmo:17 Julai 2010

TARIAN gelek yang bermula sejak 6,000 tahun pada zaman Mesopotamia (Turki) seringkali disalah tafsir kerana gaya pemakaian menjolok mata dan pergerakan yang mengghairahkan.

Bagaimanapun, tarian gelek sebenarnya mempunyai keunikan tersendiri dalam membantu wanita membentuk susuk tubuh dan mengempiskan perut mereka.


Bengkel tersebut yang turut disertai peserta luar negara seperti Singapura, Filipina, Taiwan, Indonesia, China, Thailand dan banyak lagi dikendalikan oleh pakar tarian Sepanyol dan klasik Argentina, Angeles Cayunao, 37.

Angeles berkata, tarian gelek banyak memberi manfaat kepada mereka yang melakukan senaman tersebut termasuk mempertingkatkan postur dan menguatkan otot.

"Individu yang mengamalkan gerakan tarian gelek juga akan melihat kesan secara fizikal di bahagian perut dan kaki.

"Ini kerana gerakan dalam tarian ini menyebabkan otot di bahagian itu bergerak mengikut rentak dikehendaki," katanya yang pernah menjadi juri tarian gelek di peringkat antarabangsa.

Dalam pada itu, Angeles menambah, tarian gelek boleh disamakan dengan melakukan senamrobik kerana kedua-duanya memerlukan tenaga yang banyak dalam setiap langkah dilakukan.

Katanya, masih ada perbezaan di antara kedua-dua senaman itu kerana tarian gelek memerlukan daya tahan dan kekuatan otot yang tinggi.

"Tarian gelek merupakan antara cabang yang terdapat dalam tarian Arab selain fusion dan folklore. Setiap negara memiliki gaya tersendiri dalam melakukan tarian gelek lantaran mengikut variasi kebudayaan masing-masing.

"Pergerakan, muzik dan adat resam turut memainkan peranan kerana setiap negara berbeza sama sekali dan itu antara keunikan dalam tarian gelek yang boleh menggabungkan semua dalam satu tarian," ujarnya.

"Penganjuran bengkel antarabangsa sebegini tentu sekali akan memberi kepuasan kepada ahli-ahli dan orang ramai yang menyertainya. Kami berbesar hati kerana terdapat ramai peserta dan penari antarabangsa mengambil bahagian dalam bengkel kali ni," katanya.

Catatan dari D'aora:
Tarian Gelek (Belly Dance) adalah sejenis senaman yang diadakan di tempat yang tertutup & eksklusif. Tidak sepatutnya senaman ini menjadi satu "kepelikan" atau 'isu' yang disensasikan oleh golongan yang "pandai auta".
Untuk Kaum Ibu:
Bersenamlah Agar Badan Sihat & Cergas - Bersenam dapat Elakkan Penyakit Darah Tinggi,Kencing Manis, Jantung Dll.
cerita asal kat sini

Khamis, Julai 15, 2010

CERMIN DIRI..CERMIN KECERGASAN...CERMIN KESIHATAN

JOM AEROBIK BERSAMA D'aora...


Baru siap....cermin Extra untuk keselesaan ahli D'aora....

Selasa, Julai 13, 2010

"CERMIN EXTRA" PENUHI IMPIAN AHLI D'AORA

WAH!!! CERMIN BARU.......
BESTNYA AEROBIK KINI BERSAMA DAORA.....
EEEE.. BESTLAH!!!...SAYA LEBIH BERSEMANGAT DEPAN CERMIN LAH!...

..........itulah antara Reaksi pelanggan D' AORA setelah melihat  " CERMIN EXTRA " sepanjang 32 kaki yang baru dipasang. Kini ahli D'AORA tidak lagi berebut-rebut untuk berada di saf depan, ruang CErMIN yang lebar & luas kini menyuntik semangat untuk meningkatkan "Perfomance" & kesungguhan mereka..
JOM AEROBIK SEKARANG!!!




Kerja-kerja memasang Cermin sedang dilakukan oleh  Din Tukang Cermin

Isnin, Julai 05, 2010

PERKEMBANGAN TERKINI 'QAYYUM'

QAYYUM (19 thn)



Dahulu:       112.5 kg
                     107.5 kg  ( 22/6/2010 )
                     104.0 kg  ( 04/7/2010 )
TERKINI:   103.3 kg  ( 11/7/2010 )

 Setelah selesai sesi Pertama, Qayyum telah berjaya melepasi target iaitu 5-7 kg untuk diturunkan berat badan. WoW!!!   Kini Qayyum telah berjaya mengurangkan 9.2 kg dan sedang menunggu masa untuk meneruskan lagi Program Lose Weight bagi mencapai "ideal Weight" yang lebih sihat & selamat.


Qayyum, 19 thn telah menyahut cabaran Keluarganya untuk menurunkan Berat Badan?
What about You?...
Qayyum, 19 thn berjaya mengurangkan 9.2 kg